Tuesday, June 23, 2009

Cara Mudah Ubahsuai Kenderaan






Kepada sesiapa yang berminat untuk mengubahsuai kenderaan, ini ada beberapa tips mudah untuk tatapan bersama.


Langkah pertama untuk memulakan proses pengubahsuaian ialah dengan memilih jenis kenderaan yang ingin diubahsuai. Kenderaan yang biasanya digunakan ialah jenis Proton, Perodua, Mitsubishi, Honda, Toyota dan Nissan. Adakalnya kenderaan jenis lama juga digunakan untuk ubah suai seperti Toyota Corolla GL 83-85, Toyota Levin/Trueno AE86, Toyota Corona GTTR, Honda Prelude 84-87 dan lain-lain lagi.

Biasanya pemilik kenderaan akan menitikberatkan pengubahsuaian di peringkat luaran kenderaan sebelum beralih ke bahagian dalam kenderaan. Secara basic, langkah pertama dalam pengubahsuaian kenderaan biasanya bermula dengan menukar Rim tayar standard kepada sport rims. Biasanya pemilik akan menukar 2 inci ke 3 inci lebih besar daripada saiz rim asal. Contohnya, Rim standard Proton Wira 1.3 berdiameter 13 inci dan saiz tayar dalam 175/60-13 akan ditukar kepada saiz rim 15 inch sebingga ke saiz 17 inch dan saiz tayar pula adalah mengikut kesesuaian. Ada terdapat banyak jenis sport rim. Kebanyakkan pemilik adalah cenderung untuk mencari sport rim terpakai dan berjenama dan antara jenama yang menjadi rebutan adalah seperti Volk Racing, BBS, Rally Art, dll. Ada antara mereka akan mencari jenis rim yang mempunyai 2-piece mahupun 3-piece untuk digunakan pada kenderaan mereka. Mencari corak/patern pada rim juga adalah penting kerana kesilapan memilih patern rim akan mencacatkan keunikan dan kecantikkan kenderaan itu sendiri. Sebagai contoh sport rim aksessori yang digunakan untuk pengubahsuaian kepada jenis VIP, rim berkenaan tidak sesuai digunakan oleh kenderaan biasa dan patern rim itu hanya nampak sesuai pada beberapa jenis kenderaan sahaja.




Langkah kedua ialan merendahkan kenderaan atau lowvered. Kenderaan yang direndahkan adalah lebih baik pengendaliannya semasa mengambil selekoh. Kebiasaannya, pemilik yang tidak mempunyai budget yg cukup utk membuat penukaran spring dan shock absorder sport akan mengambil langkah mudah dengan memotong spring dan mengekalkan shock absorber/penyerap hentak standard. Walaubagaimana pun, kaedah ini sememangnya kurang memberikan keselesaan kepada pemandu kerana spring yang dipotong akan lebih lembut daripada biasa. Setelah kenderaan telah siap direndahkan/lowvered, pemeriksaan alignment tayar kenderaan hendaklah dilakukan untuk membetulkan semula paksi tayar.

Langkah ketiga dalam pengubahsuaian ialah menukar sistem exhaust standard kepada jenis eksessori ataupun sport. sistem exhaust mempunyai dua jenis iaitu jenis yang mengeluarkan bunyi bising dan senyap. Sekiranya pemilik mahu kenderaan mereka mengeluarkan bunyi yang sporty, maka jenis exhaust yang mempunyai tabung penyerap bunyi yang sederhana ataupun kecil serta paip lurus digunakan. Sekiranya pemilik mahukan bunyi senyap, exhaust yang mempunyai ukuran tabung penyerap bunyi yg besar dan paip jenis 'S' digunakan. Paip lurus dan paip 'S' bermaksud paip yang berada didalam tabung exhaust. Kebanyakkan pemilik kenderaan sekaran lebih cenderung membeli sistem exhaust terpakai yang diimport daripada negara Jepun. Dengan harga yang lebih murah dan berjenama ini menjadikan pendorong kepada pemilik kenderaan utk membelinya. namun begitu, semasa memilih sistem exhaust terpakai ini, beberapa perkara perlu diperhati. Pertama, lihat samada tabung exhaust mempunyai tanda kebocoran dan ketuk tabung exhaust untuk menentukan kepadatan fiber didalamnya. Semakin padat bunyi, bermakna fiber didalamnya masih sesuai digunakan. Kedua, melihat paip didalamnya samada masih dalam keadaan baik ataupun sebaliknya. Bagi sistem exhaust yang menggunakan paip jenis 'S', goncangkan exhaust tersebut untuk mendengar serpihan besi didalamnya. Sekiranya terdengan banyak bunyi serpihan besi, maka paip didalamnya berkemungkinan telah rosak dan berkarat. Dalam memilih sistem exhaust, pemilik hendaklah mengukur kesesuaian sistem exhaust yang hendak dibeli dengan jenis kenderaan mereka. Padanan diantara sistem exhaust dan jenis kenderaan akan menampakkan keunikan dan kecantikkan kendaraan itu kemudiannya.

setelah selesai semuanya, maka proses pengubahsuaian kenderaan anda telah selesai dengan mengunakan modal yang sedikit. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment